Saturday, 4 February 2012
Friday, 3 February 2012
SIRAH : Tahun Dukacita
Assalamualaikum Ustazah ucapkan kepada semua . Hari ini ustazah akan ceritakan kepada pembaca tentang satu sirah daripada sirah-sirah Nabi Muhammad SAW . Pada tahun ke 10 Hijrah , Rasulullah SAW berada didalam keadaan dukacita . Dinamakan tahun dukacita kerana baginda berada di dalam keadaan yang sedih disebabkan beberapa peristiwa yang menimpa baginda .
Tahukah pembaca sebab apa dinamakan tahun dukacita ?
Rasulullah SAW bersedih kerana kehilangan dua orang yang paling disayangi iaitu isterinya Khadijah Binti Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib Bin Abdul Mutalib . ALLAH SWT telah menguji baginda dengan kewafatan dua orang yang paling penting dalam kehidupan baginda .
Khadijah adalah seorang yang banyak membantu baginda . Manakala Abu Talib pula telah membesarkan baginda dari kecil hingga dewasa . Beliau terlalu menyayangi Rasulullah SAW melebihi anaknya sendiri . Tahun dukacita ini juga dikenali dengan Am Alhuzni .
Subscribe to:
Posts (Atom)